Rabu, 23 Julai 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2014

Salam sejahtera.
Pada 20 hingga 22 Julai 2014, seramai 65 orang GPK HEM di seluruh negeri Terengganu menghadiri Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2014, yang diadakan di Mega View Hotel Kuantan. Seramai 15 orang GPK HEM dari Zon Bukit Besi terlibat dengan taklimat ini termasuk
SK Durian Mas 1.
Semua guru bertolak ke Kuantan dengan bas disediakan oleh pihak JPNT. Namun ada juga yang berkenderaan sendiri untuk ke sana.
Banyak input yang diperolehi dari taklimat ini, antaranya perkara-perkara yang berkaitan dengan murid termasuk disiplin, buku teks, unit bimbingan dan kaunseling, susu sekolah, e-kehadiran dan sebagainya.
Taklimat bermula dari jam 3.00 petang ( Ahad ) dan berakhir pada jam 11.00 pagi ( Selasa ).
Sesi malam, semua peserta tidak terlibat dengan taklimat kerana menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Ahmad Shah.
Sesungguhnya taklimat seperti ini amat berkesan sekali kepada setiap peserta yang hadir. Tahniah kepada peserta yang terlibat. Insya Allah, tahun depan kita berjumpa lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan