FADHILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina
Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan
sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat
terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – Keluar dosa-dosa
orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat
keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan
dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat
di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga
Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan
baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid
Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan
pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya
Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda
malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia
dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh
ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah
Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia
daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada
hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada
hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat
menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada
hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang
menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 – Allah
subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke
dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan
orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat :
Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau
(yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah
Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan
kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan
sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada
hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam
keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah
Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka
peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali
berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala
angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan
kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan
orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian
Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah
Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir
ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga amalan kita dalam
bulan ini diterima-Nya..Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan