Isnin, 9 Januari 2012

Majlis Persaraan Penolong Kanan 1 (Puan Hajjah Zainab Binti Hassan)

Puan Hajjah Zainab Binti Hassan, Penolong Kanan 1 (DG32). Beliau juga lebih mesra dengan panggilan Kak Nab di kalangan warga sekolah. Telah memulakan tugas di SK Durian Mas 1 pada tahun 1989 hingga 2000 dan tahun 2004  telah menamatkan perkhidmatannya pada 8 Januari 2012. Majlis ini juga dihadiri mantan Guru Besar yang pernah berkhidmat bersama beliau di sekolah ini serta wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Yang Dipertua PIBG dan ahli keluarga beliau. Majlis turut dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah dan cenderahati dari wakil guru, kelas dan pentadbiran. Turut dipersembahkan tayangan slide sejarah pendidikan dan perkhidmatan beliau.

Sejarah Perkhidmatan :
Opsyen PPAR / PMS dari Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.

sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat :-
1) SM Tengku Ibrahim Fikri Kg. Buloh, Setiu - Tahun 1980
2) SM Puteri Titiwangsa, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur - Tahun1981 hingga 1982
3) SRK Jalan Kuantan, Kuala Lumpur - Tahun 1983 hingga 1983
4) SK Chalok, Setiu - Tahun 1985
5) SK Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu -  Tahun 1986 hingga Julai 1989
6) SK Durian Mas 1, AMBS, Dungun - Ogos 1989 hingga 2000
7) SK Durian Mas 2, AMBS, Dungun - Tahun 2001 hingga Mac 2003
8) SK Cheneh Baru, Kemaman - Mac 2003 hingga Disember 2003 (PK Hem)
9) SK Durian Mas 1, AMBS, Dungun - Tahun 2004 hingga 8 Januari 2012 (PK1)

Seluruh warga SK Durian Mas 1 mendoakan kesejahteraan beliau. Selamat bersara dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang tidak ternilai sepanjang perkhidmatan beliau.