Ahad, 2 Ogos 2015

LAWATAN TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DUNGUN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Bersempena ke Majlis Pelancaran Gerak Gempur 40 Hari Menjelang UPSR 2015, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, En.Idris Bin Bidin meluangkan masa melawat ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Beliau turut meluangkan masa untuk temu mesra bersama murid-murid PPKI.






GERAK GEMPUR 40 HARI MENJELANG UPSR 2015

Pada 2 Ogos 2015 bertempat di Dewan Al-Makmur, SK Durian Mas 1. Majlis Pelancaran Gerak Gempur 40 Hari Menjelang UPSR 2015 telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, En.Idris Bin Bidin. Majlis turut dihadiri Ibu Bapa dan YDP PIBG En.Norman Bin Mohd Nor.









"Bangkit Cemerlang"
"Dungun Bingkas Bangun"