Rabu, 30 November 2011

Hi-Tea Warga SKDM1

Telah menjadi tradisi di akhir persekolahan, pada 15 November 2011 satu majlis Hi-Tea diadakan di Residence Hotel & Resorts, Paka. Turut hadir ke majlis tersebut iaitu Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG dan mantan Penolong Kanan Hem iaitu Encik Samsudin Bin Idris yang kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Jongok Batu. Bagi memeriahkan lagi cara di majlis tersebut, acara bertukar hadiah diadakan seperti tahun-tahun sebelum.Turut di raikan bagi guru yang bertukar iaitu Puan Lailatul Munirah Binti Abd Hamid yang bertukar ke SK Gong Pasir dan Puan Noor Nazmah Binti Abdullah yang bertukar ke SK Pulau Perhentian.

Sekitar majlis Hi-Tea

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2011telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Makmur, SK Durian Mas 1 pada 15 November 2011. Majlis tersebut di hadiri oleh para ibu bapa dan penjaga. Majlis tersebut juga dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji A.Ghani Bin Omar iaitu Pengurus Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan dari KETENGAH. Turut  hadir, Yang Dipertua PIBG Encik Norman Bin Mohd Nor dan wakil Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Encik Azmi Bin Yusoff Pegawai Khas Pengurusan Kualiti. Majlis ini juga turut di meriahkan dengan persembahan murid-murid tahap 1 dan 2 serta murid Pra sekolah.

Khamis, 30 Jun 2011

Larian Serentak 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

LARIAN SERENTAK 1M1S SELURUH NEGARA
Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Di SK Durian Mas 1.
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibubapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.

Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011 SKDM1

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Majlis Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah pada 16 Mei 2011.
Acara-acara menarik seperti sukaneka,persembahan murid dan lain-lain.

Siaran Langsung Ucapan Pelancaran Hari Guru 2011 Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Saluran TV : RTM1 dan TV3
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 3.00 - 4.00 petang

Isnin, 9 Mei 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011 kali ke 19.
Dirasmikan oleh YB Dato' Haji Din Bin Adam (Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN Bukit Besi)
Bertempat di Dewan Al-Makmur, SK Durian Mas 1 Bandar Al-Muktafi Billah Shah.
Pada 16 April 2011
Jam 8.00 pagi.