Rabu, 19 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Telah menjadi acara tradisi setiap sekolah pada saban tahun. 19 November 2014, bertempat di Dewan Al-Makmur, SKDM1. Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid  yang memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. En.Pauzai Bin Che Man, Pegawai SISC+ Matematik (Rendah) PPD Dungun dan turut dihadiri wakil dari Ketengah iaitu Tn.Haji Mohd Zain Bin Mohd Amin.







Isnin, 17 November 2014

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Semperna kedatangan tahun baru  Hijrah dan bulan Muharram, Panitia Agama Islam SKDM1 telah mengadakan program memasak bubur Asyura. Program ini turut disertai PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah. Bubur Asyura diagihkan kepada semua murid serta warga sekolah.









CERAMAH AMAN PALESTIN

Untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKDM1 tentang keperitan saudara islam di Palestin, pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Aman Palestin cawangan Dungun / Kemaman untuk memberikan ceramah tersebut.





LAWATAN KE KETENGAH

Pada 16 November 2014, SK Durian Mas 1 telah membuat lawatan bermaklumat ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Lawatan tersebut dihadiri oleh Murid Tahun 6, GPK Hem dan Guru-Guru tahun 6.





Ahad, 16 November 2014

KARNIVAL KESELAMATAN MAKANAN

Karnival Keselamatan Makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia berlangsung pada 15 dan 16 November 2014 di perkarangan RTC Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Karnival tersebut padat dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kana-kanak pra sekolah, pertandingan chef cilik sekolah rendah dan gerai-gerai pameran kesihatan. Johan pertandingan chef cilik telah disandang oleh adik Nur Ilya Syafiqa Bt. Mazlan dari  SK Durian Mas 1 dan naib johan disandang oleh adik Musfirah Nasuha Bt. Zaidi yang juga dari SK Durian Mas 1. 








Selasa, 11 November 2014

CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR

Disampaikan oleh YM Ustaz Raja Ibrahim Bin Raja Manis. Pegawai Agama, Pejabat Agama Daerah Dungun. Pada 11 November 2014.








KEJOHANAN MERENTAS DESA SKDM1 2014






Sabtu, 4 Oktober 2014

HARI RAYA AIDIL ADHA 1435 H

Salam sejahtera
Pihak SKDM 1 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2014M bersamaan 1435 H. Semoga anda semua dapat menyambut hari raya ini bersama keluarga dengan gembira. Pihak admin berharap semoga cuti hari raya nanti dapat memberi seribu kebahagiaan kepada anda semua.
Sekolah akan dibuka semula pada 7 Oktober 2014. Pada 9 Oktober 2014, calon-calon UPSR akan menduduki peperiksaan UPSR bagi kertas Matematik....
Sekian Wassalam...

Isnin, 29 September 2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014

30 SEPTEMBER 2014 / SELASA

SAINS : 8.15pagi - 9.30pagi

BAHASA INGGERIS (K1) : 10.30pagi - 11.20pagi

BAHASA INGGERIS (K2) : 12.20tgh hari - 1.35petang


9 OKTOBER 2014 / KHAMIS

MATEMATIK (K1) : 8.15pagi - 9.15pagi



* untuk muat turun jadual, sila ke laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia
   http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1

Ahad, 14 September 2014