Ahad, 29 Disember 2013

PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2014 & TAKLIMAT TRANSISI




MESYUARAT PENGURUSAN 2014

Mesyuarat pengurusan 2014 telah diadakan pada 26 Disember 2013 bertempat di bilik mesyuarat SK Durian Mas 1. Telah Dihadiri semua guru dan pihak pengurusan sekolah. Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Ustaz Maliki Bin Salleh.

Ahad, 15 Disember 2013

HARI ANUGERAH 2013

Hari Anugerah 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 bertempat di Dewan Al Makmur SKDM1.
Majlis telah disempurnakan oleh En.Idris Bin Bidin, Timbalan PPD Dungun. Turut dihadiri wakil Ketengah, wakil Balai Polis AMBS dan YDP Pibg serta ibu bapa. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Action Songs, gerak seni tari 1Malaysia dari murid Pra Sekolah dan pelbagai lagi acara.


                                   

                                     

                                  

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 pada 3 Oktober 2013.

                                               
                                          Sesi taklimat sebelum acara bermula


                                          Bersiap sedia untuk memulakan acara


Ahad, 6 Oktober 2013

PERTUKARAN GURU DAN KENAIKAN PANGKAT

 
Tahniah kepada En. Mohd Zuki B. Yusof kerana telah dinaikkan pangkat ke Guru Penolong Kanan Hem di SK Ketengah Jaya 2. Beliau Mula berkhidmat di SK Durian Mas 1 pada 3 Januari 2012 dan memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Beliau juga mengajar subjek matematik tahun 6 dan menjadi Fasilitator Matematik Daerah Dungun. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di tempat baru dengan penuh dedikasi dan iltizam.


Tahniah dan selamat datang ke SK Durian Mas 1 kepada Pn.Latifah  Bt. Abdul Rashid. Beliau Seorang J-Qaf dari SK Bukit Kepong, Johor. 

Isnin, 30 September 2013