Isnin, 27 Januari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH KETENGAH

Dianggarkan 2500 orang menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Ketengah. Majlis tersebut telah diadakan pada 27 Januari 2014. SK Durian Mas 1 juga turut menyertai perarakan tersebut. Majlis tersebut telah disempunakan olen YB. Encik Roslee Bin Daud.







Rabu, 22 Januari 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014. Bantuan tersebut diberikan kepada semua murid sekolah sebanyak RM100. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn.Hj.Zakariah Bin Ali selaku Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu.








MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA MURID TAHUN 6 2014

Bertempat di Dewan Al-Makmur SK Durian Mas 1, Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6 2014 telah diadakan. Majlis tersebut bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa dan murid tentang program dan aktiviti kecemerlangan UPSR 2014 yang akan di jalankan oleh pihak sekolah, PPD dan JPNT.







Khamis, 16 Januari 2014

PENUTUP PROGRAM TRANSISI 2014

Program transisi tahun 1 2014 telah diadakan pada 1 Januari  hingga 16 Januari 2014. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 1 tentang alam sekolah rendah, pergaulan dengan rakan, berkomunikasi dengan guru dan lain-lain aktiviti di dalam  dan luar bilik darjah.





Ahad, 5 Januari 2014

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

Program transisi tahun 1 2014 dijalankan selama 3 minggu bermula dari hari pertama sesi persekolahan 2014. Program ini bertujuan untuk melatih murid tahun 1 untuk menyesuaikan diri di alam persekolahan sekolah rendah. Murid-murid ini juga menjalankan pelbagai aktiviti seperti mengenali guru-guru, rakan-rakan, kedudukan bilik-bilik khas dan sebagainya.