Ahad, 16 November 2014

KARNIVAL KESELAMATAN MAKANAN

Karnival Keselamatan Makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia berlangsung pada 15 dan 16 November 2014 di perkarangan RTC Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Karnival tersebut padat dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kana-kanak pra sekolah, pertandingan chef cilik sekolah rendah dan gerai-gerai pameran kesihatan. Johan pertandingan chef cilik telah disandang oleh adik Nur Ilya Syafiqa Bt. Mazlan dari  SK Durian Mas 1 dan naib johan disandang oleh adik Musfirah Nasuha Bt. Zaidi yang juga dari SK Durian Mas 1. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan