Rabu, 30 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2011telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Makmur, SK Durian Mas 1 pada 15 November 2011. Majlis tersebut di hadiri oleh para ibu bapa dan penjaga. Majlis tersebut juga dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji A.Ghani Bin Omar iaitu Pengurus Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan dari KETENGAH. Turut  hadir, Yang Dipertua PIBG Encik Norman Bin Mohd Nor dan wakil Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Encik Azmi Bin Yusoff Pegawai Khas Pengurusan Kualiti. Majlis ini juga turut di meriahkan dengan persembahan murid-murid tahap 1 dan 2 serta murid Pra sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan