Pada 16 November 2014, SK Durian Mas 1 telah membuat lawatan bermaklumat ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Lawatan tersebut dihadiri oleh Murid Tahun 6, GPK Hem dan Guru-Guru tahun 6.
Isnin, 17 November 2014
Ahad, 16 November 2014
KARNIVAL KESELAMATAN MAKANAN
Karnival Keselamatan Makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia berlangsung pada 15 dan 16 November 2014 di perkarangan RTC Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Karnival tersebut padat dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kana-kanak pra sekolah, pertandingan chef cilik sekolah rendah dan gerai-gerai pameran kesihatan. Johan pertandingan chef cilik telah disandang oleh adik Nur Ilya Syafiqa Bt. Mazlan dari SK Durian Mas 1 dan naib johan disandang oleh adik Musfirah Nasuha Bt. Zaidi yang juga dari SK Durian Mas 1.
Selasa, 11 November 2014
CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR
Disampaikan oleh YM Ustaz Raja Ibrahim Bin Raja Manis. Pegawai Agama, Pejabat Agama Daerah Dungun. Pada 11 November 2014.



















