Diadakan pada 14 Ogos 2014, bertempat di Dewan Al-Makmur.
Rabu, 20 Ogos 2014
Isnin, 4 Ogos 2014
PROGRAM GOTONG ROYONG DENGGI DAN PERTANDINGAN AZAN SKDM1 2014
Tanggal 24 Julai 2014 ( Khamis ) , SKDM 1 mengadakan dua aktiviti besar iaitu Program Gotong Royong Denggi dan juga Pertandingan Azan yang melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2. Program tersebut dijalankan seawal 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Di akhir program, majlis bersalaman di antar guru dan murid dilakukan sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri pada 28 Julai 2014.
Di sini, kita berkongsi serba sedikit gambar kenangan sepanjang program tersebut berlangsung.

Jumaat, 25 Julai 2014
PROGRAM GOTONG ROYONG DENGGI, PERTANDINGAN AZAN DAN MAJLIS KHATAM QURAN 2014
Pada 24 Julai 2014, SKDM 1 mengadakan dua program besar iaitu Program Gotong Royong Menghapuskan Denggi dan juga Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah 2014.
Majlis bermula dengan majlis gotong royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes yang bermula dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi.
Majlis Pertandingan Azan pula diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi manakala Program Khatam Quran pula diadakan pada jam 11.00 pagi.
Majlis penyampaian hadiah pula diadakan selepas itu disusuli dengan majlis bermaafan sesama guru dan murid dan penyampaian duit raya. Di kesempatan ini, admin mewakili pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muird dan juga warga sekolah.
Sesungguhnya majlis seperti ini amat bermakna kepada warga sekolah terutama murid-murid SK Durian Mas 1. Foto berkaitan program ini akan dimuatnaik pada masa akan datang.

Rabu, 23 Julai 2014
TAKLIMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2014
Salam sejahtera.
Pada 20 hingga 22 Julai 2014, seramai 65 orang GPK HEM di seluruh negeri Terengganu menghadiri Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2014, yang diadakan di Mega View Hotel Kuantan. Seramai 15 orang GPK HEM dari Zon Bukit Besi terlibat dengan taklimat ini termasuk
SK Durian Mas 1.
Semua guru bertolak ke Kuantan dengan bas disediakan oleh pihak JPNT. Namun ada juga yang berkenderaan sendiri untuk ke sana.
Banyak input yang diperolehi dari taklimat ini, antaranya perkara-perkara yang berkaitan dengan murid termasuk disiplin, buku teks, unit bimbingan dan kaunseling, susu sekolah, e-kehadiran dan sebagainya.
Taklimat bermula dari jam 3.00 petang ( Ahad ) dan berakhir pada jam 11.00 pagi ( Selasa ).
Sesi malam, semua peserta tidak terlibat dengan taklimat kerana menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Ahmad Shah.
Sesungguhnya taklimat seperti ini amat berkesan sekali kepada setiap peserta yang hadir. Tahniah kepada peserta yang terlibat. Insya Allah, tahun depan kita berjumpa lagi...