Ahad, 2 Ogos 2015

GERAK GEMPUR 40 HARI MENJELANG UPSR 2015

Pada 2 Ogos 2015 bertempat di Dewan Al-Makmur, SK Durian Mas 1. Majlis Pelancaran Gerak Gempur 40 Hari Menjelang UPSR 2015 telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, En.Idris Bin Bidin. Majlis turut dihadiri Ibu Bapa dan YDP PIBG En.Norman Bin Mohd Nor.









"Bangkit Cemerlang"
"Dungun Bingkas Bangun"

Rabu, 24 Jun 2015

PROGRAM SENTUHAN KASIH UPSR CEMERLANG 2015


Salam sejahtera
Pada hari Rabu, jam 10.00 pagi  ( 24.6.2015 ), pihak Majlis Guru Besar Daerah Dungun mengadakan satu sesi Program Sentuhan Kasih UPSR Cemerlang 2015 bagi SK Durian Mas 1.
Slot program tersebut adalah ceramah tentang kecemerlangan UPSR bagi murid-murid SK Durian Mas 1 yang disampaikan oleh YDP MGB En Zubir bin Harun ( Guru Besar SK Pusat Dungun ).
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YDP MGB dalam menjayakan program tersebut.









Selasa, 23 Jun 2015

MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEMUA MURID TAHUN 6 / 2015

Salam sejahtera

Untuk mendapatkan senarai markah Peperiksaan Pertengahan Tahun / Ujian Sumatif 2 Tahun 2015 bagi Tahun 6, anda boleh klik pada nama kelas di bawah. Terima kasih.

6 ALPHA 
6 BETA

Ahad, 21 Jun 2015

PENYAMPAIAN BANTUAN PAKAIAN RAYA DARIPADA PIHAK YAYASAN TAQWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

Salam sejahtera
Tidak terlewat untuk admin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menyambut puasa kepada seluruh warga SKDM1 bagi tahun 2015.
Pada hari ini ( 21 Jun 2015 - Ahad ) , pihak sekolah menyampaikan bantuan pakaian raya yang disumbangkan oleh pihak Yayasan Taqwa MAIP.
Bantuan tersebut telah diterima oleh pihak sekolah pada minggu cuti persekolahan penggal pertama dan telah dihadiri oleh GPK Pentadbiran, En Mohd Zubir bin Hasan.
Seramai 40 orang murid terlibat dengan bantuan tersebut. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat