Karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di SK Durian Mas 1 pada hari ini ( 7 Mei 2015 ). Sejumlah 15 buah sekolah di bawah Zon Bukit Besi menyertai Karnival ini. Pertandingan yang diadakan di karnival ini termasuklah Action Song, Story Telling, Public Speaking.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Durian Mas 1, En Muhammad Syafiq Chandran bin Abdullah.
Tahniah kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya , cuba lagi di tahun hadapan.
Peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan di semua kategori akan mewakili PKG Bukit Besi ke Peringkat Daerah Dungun yang akan diadakan di SK Durian Mas 2 pada 14 Mei 2015.
Tahniah diucapkan dari admin.
Khamis, 7 Mei 2015
Ahad, 12 April 2015
PERTANDINGAN SENI SILAT SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2015
Tahniah kepada pasukan silat sekolah kerana berjaya menghabiskan kesemua kategori sekolah rendah dengan jayanya. Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Daerah Dungun telah berlangsung di SMK Paka pada 9 April 2015. Acara yang dimenangi ialah :
- Seni Tari Silat (L) tempat Pertama
- Seni Jurus Silat (P) tempat Pertama
- Seni Tari Silat (P) tempat Kedua
- Seni Tempur Silat (L) tempat Kedua
- Seni Jurus Silat (P) tempat Ketiga
- Seni Tempur Silat (P) tempat Ketiga
Sabtu, 28 Mac 2015
SENARAI NAMA PESERTA OLAHRAGA YANG MENGHARUMKAN NAMA SK DURIAN MAS 1 – 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak sejarah tercipta buat atlit-atlit SK Durian Mas 1 sehingga
Mac 2015. Berikut adalah kejohanan yang dilakarkan oleh atlit-atlit dari SKDM
1.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD DUNGUN
8 HINGGA 12 MAC 2015
Siti Nur Shakierah binti Abidin - Johan Lompat Jauh P12
Nurul Farhana Natasha binti Hassan - Tempat ketiga Lontar Peluru
P12
Nurul Maisara binti Mohd Dalbi - Tempat ketiga Lompat Tinggi P12
KEJOHANAN BADMINTON PKG BUKIT BESI
28 JANUARI 2015
Aqil Taqiuddin bin Adenan - Johan Perseorangan Lelaki
Aqil Taqiuddin bin Adenan dan Muhammad Nur Akmal Hakim bin Mohamed
Azuan – Johan Bergu Lelaki
Nur Farhana binti Abd Kapar – Johan Perseorangan Perempuan
Nurul Maisara binti Mohd Dalbi dan Nurul Farhana Natasha binti
Hassan- Tempat ketiga bergu perempuan.
Selasa, 3 Mac 2015
E - FILING 2015
Selamat malam kepada pengunjung blog SKDM1.
Bermula 1 Mac hingga 30 April 2015, semua kakitangan awam dan swasta diminta mengisi maklumat Cukai Pendapatan 2014 masing-masing sama ada melalui online atau manual.
Sila layari laman web e filing berwajah baru bagi tahun ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blig ini. Laman web e filing untuk dilayari, sila KILIK DI SINI..
Terima kasih
Bermula 1 Mac hingga 30 April 2015, semua kakitangan awam dan swasta diminta mengisi maklumat Cukai Pendapatan 2014 masing-masing sama ada melalui online atau manual.
Sila layari laman web e filing berwajah baru bagi tahun ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blig ini. Laman web e filing untuk dilayari, sila KILIK DI SINI..
Terima kasih













