Rabu, 19 November 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Telah menjadi acara tradisi setiap sekolah pada saban tahun. 19 November 2014, bertempat di Dewan Al-Makmur, SKDM1. Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid  yang memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. En.Pauzai Bin Che Man, Pegawai SISC+ Matematik (Rendah) PPD Dungun dan turut dihadiri wakil dari Ketengah iaitu Tn.Haji Mohd Zain Bin Mohd Amin.







Isnin, 17 November 2014

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Semperna kedatangan tahun baru  Hijrah dan bulan Muharram, Panitia Agama Islam SKDM1 telah mengadakan program memasak bubur Asyura. Program ini turut disertai PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah. Bubur Asyura diagihkan kepada semua murid serta warga sekolah.









CERAMAH AMAN PALESTIN

Untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKDM1 tentang keperitan saudara islam di Palestin, pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Aman Palestin cawangan Dungun / Kemaman untuk memberikan ceramah tersebut.