Telah menjadi acara tradisi setiap sekolah pada saban tahun. 19 November 2014, bertempat di Dewan Al-Makmur, SKDM1. Majlis Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid yang memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. En.Pauzai Bin Che Man, Pegawai SISC+ Matematik (Rendah) PPD Dungun dan turut dihadiri wakil dari Ketengah iaitu Tn.Haji Mohd Zain Bin Mohd Amin.
Rabu, 19 November 2014
Isnin, 17 November 2014
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA
Semperna kedatangan tahun baru Hijrah dan bulan Muharram, Panitia Agama Islam SKDM1 telah mengadakan program memasak bubur Asyura. Program ini turut disertai PIBG sekolah dan seluruh warga sekolah. Bubur Asyura diagihkan kepada semua murid serta warga sekolah.
CERAMAH AMAN PALESTIN
Untuk memberi pendedahan kepada murid-murid SKDM1 tentang keperitan saudara islam di Palestin, pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Aman Palestin cawangan Dungun / Kemaman untuk memberikan ceramah tersebut.
LAWATAN KE KETENGAH
Pada 16 November 2014, SK Durian Mas 1 telah membuat lawatan bermaklumat ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Lawatan tersebut dihadiri oleh Murid Tahun 6, GPK Hem dan Guru-Guru tahun 6.















