Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013 pada 3 Oktober 2013.
Sesi taklimat sebelum acara bermula
Bersiap sedia untuk memulakan acara
Ahad, 15 Disember 2013
Ahad, 6 Oktober 2013
PERTUKARAN GURU DAN KENAIKAN PANGKAT
Tahniah kepada En. Mohd Zuki B. Yusof kerana telah dinaikkan pangkat ke Guru Penolong Kanan Hem di SK Ketengah Jaya 2. Beliau Mula berkhidmat di SK Durian Mas 1 pada 3 Januari 2012 dan memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Beliau juga mengajar subjek matematik tahun 6 dan menjadi Fasilitator Matematik Daerah Dungun. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di tempat baru dengan penuh dedikasi dan iltizam.
Tahniah dan selamat datang ke SK Durian Mas 1 kepada Pn.Latifah Bt. Abdul Rashid. Beliau Seorang J-Qaf dari SK Bukit Kepong, Johor.
Isnin, 30 September 2013
Rabu, 1 Februari 2012
Majlis Sambutan Guru Besar Baharu
Majlis Sambutan Guru Besar Baharu iaitu Puan Kamsaini Binti Ismail disambut meriah pada 1 Februari 2012 dengan paluan kompang dan iringan bunga mangga. Beliau dari SK Felda Kerteh 1 yang menggantikan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hassan yang bertukar ke SK Felda Seri Rasau.Turut hadir Encik Azmi Bin Yusoff, Pegawai Khas Pengurusan Kualiti dan Encik Wan Abd Razak Bin Idris, Penyelia Pengurusan Sekolah. Diharapkan SK Durian Mas 1 lebih maju ke hadapan dengan kehadiran beliau.
