Majlis Sambutan Guru Besar Baharu iaitu Puan Kamsaini Binti Ismail disambut meriah pada 1 Februari 2012 dengan paluan kompang dan iringan bunga mangga. Beliau dari SK Felda Kerteh 1 yang menggantikan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hassan yang bertukar ke SK Felda Seri Rasau.Turut hadir Encik Azmi Bin Yusoff, Pegawai Khas Pengurusan Kualiti dan Encik Wan Abd Razak Bin Idris, Penyelia Pengurusan Sekolah. Diharapkan SK Durian Mas 1 lebih maju ke hadapan dengan kehadiran beliau.
Rabu, 1 Februari 2012
Isnin, 9 Januari 2012
Majlis Persaraan Penolong Kanan 1 (Puan Hajjah Zainab Binti Hassan)
Sejarah Perkhidmatan :
Opsyen PPAR / PMS dari Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.
sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat :-
1) SM Tengku Ibrahim Fikri Kg. Buloh, Setiu - Tahun 1980
2) SM Puteri Titiwangsa, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur - Tahun1981 hingga 1982
3) SRK Jalan Kuantan, Kuala Lumpur - Tahun 1983 hingga 1983
4) SK Chalok, Setiu - Tahun 1985
5) SK Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu - Tahun 1986 hingga Julai 1989
6) SK Durian Mas 1, AMBS, Dungun - Ogos 1989 hingga 2000
7) SK Durian Mas 2, AMBS, Dungun - Tahun 2001 hingga Mac 2003
8) SK Cheneh Baru, Kemaman - Mac 2003 hingga Disember 2003 (PK Hem)
9) SK Durian Mas 1, AMBS, Dungun - Tahun 2004 hingga 8 Januari 2012 (PK1)
Seluruh warga SK Durian Mas 1 mendoakan kesejahteraan beliau. Selamat bersara dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang tidak ternilai sepanjang perkhidmatan beliau.