Ahad, 10 Mei 2015

PERTUKARAN GPK KO-KURIKULUM KE PPD DUNGUN

Salam sejahtera

Hari ini 10 Mei 2015, adalah hari terakhir buat Cg Ahmad Yuslan sebagai GPK Kokurikulum di SK Durian Mas 1. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia HEM di PPD Dungun berkuatkuasa 30 April 2015.
Syabas dan tahniah dari admin dan warga SKDM1 buat Cg Ahmad Yuslan. Semoga sukses selalu.

Khamis, 7 Mei 2015

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON BUKIT BESI 2015

Karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di SK Durian Mas 1 pada hari ini ( 7 Mei 2015 ). Sejumlah 15 buah sekolah di bawah Zon Bukit Besi menyertai Karnival ini. Pertandingan yang diadakan di karnival ini termasuklah Action Song, Story Telling, Public Speaking.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Durian Mas 1, En Muhammad Syafiq Chandran bin Abdullah.
Tahniah kepada pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya , cuba lagi di tahun hadapan.
Peserta yang mendapat Johan dan Naib Johan di semua kategori akan mewakili PKG Bukit Besi ke Peringkat Daerah Dungun yang akan diadakan di SK Durian Mas 2 pada 14 Mei 2015.
Tahniah diucapkan dari admin.