Rabu, 28 Januari 2015

ANALISA BILANGAN MURID BAGI UNIT HEM SKDM1 2015

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan jumlah murid bagi Unit Hem SKDM1 2015.

1. Bilangan Pengawas
2. Bilangan Pengawas Sumber
3. Bilangan Murid KWAPM dan e-KASIH
4. Bilangan Murid RMT

Terima kasih dari admin SKDM1

SIJIL PENGHARGAAN BERJAYA MENGUASAI 100% NUMERASI TAHUN 3 - TAHUN 2014

Tahniah kepada semua guru kerana SKDM1 memperolehi Sijil Penghargaan Murid Menguasai 100% Numerasi Tahun 3 bagi tahun 2014..
Syabas dan tahniah dari admin..( gpkhem )

Selasa, 27 Januari 2015

TAKWIM PROGRAM UPSR 2015

Unit UPSR SK Durian Mas telah menggariskan program UPSR sepanjang tahun 2015.
Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan :

1. Takwim Program UPSR 2015
2. Perincian Program Kecemerlangan UPSR 2015
3. Senarai Murid Target 5A bagi 2015

Terima kasih.

Sabtu, 24 Januari 2015

PENGISIAN BARISAN HADAPAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Kementerian Pendidikan telah meluluskan pelaksanaan pengisian jawatan barisan hadapan kepimpinan sekolah antara negeri mulai tahun 2015. Setakat ini perjawatan Guru Besar dan Pengetua dilaksanakan. Negeri-negeri yang tidak cukup calon akan menerima calon barisan hadapan dari negeri lain agar tidak ada Pengetua dan Guru Besar kosong di mana-mana sekolah. Ini juga merupakan amalan biasa bagi perkhidmatan awam khususnya bagi kenaikan pangkat.

Keadaan ini terjadi bila mana stok calon seluruh negara mencukupi namun taburan antara negeri tidak seimbang apabila syarat kelayakan baru Pengetua dan Guru Besar diperkenalkan. Di mana dalam syarat baru ini calon Pengetua dan Guru Besar mesti lulus dalam NPQEL, mempunyai tiga tahun pengalaman pentadbiran serta mencapai tahap dalam pentaksiran dan juga temuduga.

Ada segelintir yang beranggapan bahawa dasar ini menyekat peluang anak negeri. Sewajarnya perkara ini tidak timbul jika guru-guru di sesebuah negeri bersedia untuk memajukan kerjaya kerana kursus NPQEL / NPQEH telah dilaksanakan berbelas tahun dahulu. Mengapa sebilangan Guru Penolong Kanan misalnya tidak atau sedikit sahaja yang memohon. Ruang ketidakcukupan calon akan menjadi lebih besar bilamana ada guru berpengalaman pentadbiran dan ada NPQEL tidak berminat lagi menjadi Guru Besar atau berkhidmat di PPD atau JPN atau "menyembunyikan diri" atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu siapa sebenarnya yang menyekat peluang dan menzalimi diri sendiri kalau bukan kita sendiri.

Kita juga tidak nafikan "mistake" juga berlaku di pihak yang memilih dan menguruskan NPQEL kerana 
Guru Penolong Kanan yang memohon tidak dapat tapi guru biasa yang tiada pengalaman dapat. Di Terengganu kita ada tiga puluh orang lebih lulusan NPQEL  yang tidak layak ataupun belum cukup syarat pengalaman pentadbiran. Saya cadangkan jika mereka dah ada NPQEL dan ada DG41(KUP) hingga DG44(KUP) perlu dibuka fexli Guru Penolong Kanan untuk mereka dapat pengalaman tiga tahun bagi yang layak. Selepas itu mereka boleh memohon untuk Guru Besar. Kita harap jika perkara ini berlaku mereka perlu diberi keutamaan.

Baru akhir-akhir ini kita nampak permohonan untuk kursus NPQEL mendadak naik tapi ramai yang tidak tahu mereka dipanggil temuduga. Kita harap kelemahan dalam pengurusan kursus NPQEL jika ada diberi perhatian agar dalam jangka masa panjang perpindahan antara negeri dalam pengisian naik pangkat pentadbir sekolah tidak perlu dilaksanakan lagi. Utamakan kursus ini khas untuk calon Guru Besar dan Pengetua sahaja.

Sehingga tamat kursus NPQEL sesi 1/2015 dan sedikit calon jika  matang tempoh khidmat pentadbiran maka kita ketiadaan calon bagi negeri ini. Ini bermakna hingga Jun atau Julai kita akan menerima Guru Besar dari negeri lain jika mereka mempunyai stok seperti SK Wakaf Mempelam, SK Darat Batu Rakit, SK Seri Langkap , SK Chung Hwa Wakaf Tapai dan SK Sin Chone Dungun sekarang.

Dan apakah yang berlaku dalam pengisian Guru Besar juga akan berlaku dalam pengisian Guru Penolong Kanan. Keinginan para guru untuk mengisi jawatan Guru Penolong Kanan merudum teruk dengan adanya gred DG34(KUP) dan persepsi banyak kereja jadi Guru Penolong Kanan. Ramai yang menunggu peluang itu dari menawarkan diri untuk jadi Guru Penolong Kanan. Oleh yang demikian, kita buka permohonan untuk menjadi GPK sepanjang masa bagi Guru Penolong DG32(KUP). Boleh terus mohon ke PPD masing-masing untuk pengisian borang dan proses temuduga. Jika ada mendakwa banyak GPK tidak boleh diisi di daerah mereka itulah petanda tiada calon yang memohon.

Nanti jika KPM hantar calon dari negeri lain untuk isi jawatan GPK maka kita kata menutup peluang calon untuk anak negeri. Walhal kita yang sengaja membuka peluang untuk orang lain kerana kurangnya semangat dan lemah untuk menghadapi cabaran walaupun peluang di depan mata. Selayaknya orang lain yang memimpin dari melantik pemimpin yang lemah, penakut dan hanya tahu menunggu.

Jumaat, 23 Januari 2015

MURID TAHUN 1 YANG MENERIMA RMT 2015

Sila DOWNLOAD untuk mendapatkan nama penerima RMT bagi Tahun 1 untuk sesi 2015.
Terima kasih.

JARAK PERJALANAN ANTARA SEKOLAH - PPD - JPN - KELUAR NEGERI BAGI DAERAH DUNGUN 2015

Assalamualaikum buat semua warga pendidik daerah Dungun.
Untuk tuntutan perjalanan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi PPD Dungun, jarak terkini telah dimaklumkan oleh pihak PPD kepada semua sekolah di daerah ini.
Sila KLIK untuk memuatturun jarak tersebut.

Terima Kasih..

Rabu, 21 Januari 2015

SENARAI TUGAS 6 ASPIRASI MURID 2015

Sila KLIK untuk download Jadual Senarai Tugas 6 Aspirasi Murid 2015.

Selasa, 20 Januari 2015

ANALISA BILANGAN MURID SEHINGGA 20.1.2015

Bilangan Murid SK Durian Mas di sini. Sila KLIK di sini.

BAHAN DOWNLOAD HEM

Bahan Unit HEM untuk rujukan.
Sila DOWNLOAD

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Untuk download borang, sila KLIK di sini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Pada 19 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2015 yang bertempat di BALORA, Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Majlis penyerahan bantuan ini disampaikan kepada dua sekolah  iaitu SK Durian Mas 1 dan SK Durian Mas 2. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB.En.Roslee Bin Daud, ADUN Bukit Besi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terenggau.