Jumaat, 25 Julai 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG DENGGI, PERTANDINGAN AZAN DAN MAJLIS KHATAM QURAN 2014

Pada 24 Julai 2014, SKDM 1 mengadakan dua program besar iaitu Program Gotong Royong Menghapuskan Denggi dan juga Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah 2014.
Majlis bermula dengan majlis gotong royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes yang bermula dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi.
Majlis Pertandingan Azan pula diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 pagi manakala Program Khatam Quran pula diadakan pada jam 11.00 pagi.
Majlis penyampaian hadiah pula diadakan selepas itu disusuli dengan majlis bermaafan sesama guru dan murid dan penyampaian duit raya. Di kesempatan ini, admin mewakili pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muird dan juga warga sekolah.
Sesungguhnya majlis seperti ini amat bermakna kepada warga sekolah terutama murid-murid SK Durian Mas 1. Foto berkaitan program ini akan dimuatnaik pada masa akan datang.

Rabu, 23 Julai 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 2014

Salam sejahtera.
Pada 20 hingga 22 Julai 2014, seramai 65 orang GPK HEM di seluruh negeri Terengganu menghadiri Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2014, yang diadakan di Mega View Hotel Kuantan. Seramai 15 orang GPK HEM dari Zon Bukit Besi terlibat dengan taklimat ini termasuk
SK Durian Mas 1.
Semua guru bertolak ke Kuantan dengan bas disediakan oleh pihak JPNT. Namun ada juga yang berkenderaan sendiri untuk ke sana.
Banyak input yang diperolehi dari taklimat ini, antaranya perkara-perkara yang berkaitan dengan murid termasuk disiplin, buku teks, unit bimbingan dan kaunseling, susu sekolah, e-kehadiran dan sebagainya.
Taklimat bermula dari jam 3.00 petang ( Ahad ) dan berakhir pada jam 11.00 pagi ( Selasa ).
Sesi malam, semua peserta tidak terlibat dengan taklimat kerana menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Ahmad Shah.
Sesungguhnya taklimat seperti ini amat berkesan sekali kepada setiap peserta yang hadir. Tahniah kepada peserta yang terlibat. Insya Allah, tahun depan kita berjumpa lagi...



Jumaat, 11 Julai 2014

Borang Tuntutan Takaful Malaysia Bagi Murid Sekolah Malaysia

Kepada murid-murid yang mengalami kemalangan sama ada di sekolah dan di luar kawasan sekolah yang memohon untuk mendapat pampasan dari pihak insuran Takaful Malaysia boleh memuat turun borang TUNTUTAN INSURANS TAKAFUL MALAYSIA melalui blog ini.
Sebelum mengisi borang tersebut, ibu bapa perlu berbincang dahulu dengan pihak sekolah.


Borang Untuk Ke Sekolah Menengah Bagi Tahun 6

Assalamualaikum
Kepada murid Tahun 6 yang akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah pada tahun 2015, boleh memuatturun borang ke sekolah menengah melalui blog SKDM1. Borang yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada guru kelas Tahun 6 masing-masing. Sebelum mengisi borang tersebut, murid Tahun 6 perlu mendengar terlebih dahulu taklimat yang akan disampaikan oleh pihak sekolah terlebih dahulu.

Sila klik BORANG KE SEKOLAH MENENGAH . 
Terima kasih.

RENUNGAN JUMAAT - KELEBIHAN SEMBAHYANG TERAWIH

FADHILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin


LAWATAN TIMBALAN PEGAWAI PPD KE SKDM1

Salam sejahtera
Bertarikh 10 Julai , jam 8.30 hingga 10.00 pagi , SK Durian Mas 1, telah dilawati oleh Timbalan Pegawai PPD bagi melihat murid target UPSR 2014. Murid target berkumpul di bilik mesyuarat pada jam 8.30 pagi dan Timbalan PPD , En Idris bin Bidin memberikan penerangan kepada murid target tersebut. Sesi penerangan Timbalan Pegawai PPD turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar, En Muhammad Syafiq Chandran bin Abdullah, GPK 1 , En Mohd Zubir bin Hassan dan juga guru tahun 6.
Semoga dengan kehadiran Timbalan Pegawai PPD dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada murid terlibat. Syabas dan tahniah daripada admin 2  ( Cg Sabudin )