Ahad, 6 Oktober 2013

PERTUKARAN GURU DAN KENAIKAN PANGKAT

 
Tahniah kepada En. Mohd Zuki B. Yusof kerana telah dinaikkan pangkat ke Guru Penolong Kanan Hem di SK Ketengah Jaya 2. Beliau Mula berkhidmat di SK Durian Mas 1 pada 3 Januari 2012 dan memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Beliau juga mengajar subjek matematik tahun 6 dan menjadi Fasilitator Matematik Daerah Dungun. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di tempat baru dengan penuh dedikasi dan iltizam.


Tahniah dan selamat datang ke SK Durian Mas 1 kepada Pn.Latifah  Bt. Abdul Rashid. Beliau Seorang J-Qaf dari SK Bukit Kepong, Johor.