Rabu, 1 Februari 2012

Majlis Sambutan Guru Besar Baharu

Majlis Sambutan Guru Besar Baharu iaitu Puan Kamsaini Binti Ismail disambut meriah pada 1 Februari 2012 dengan paluan kompang dan iringan bunga mangga. Beliau dari SK Felda Kerteh 1 yang menggantikan Tuan Haji Zainal Abidin Bin Hassan yang bertukar ke SK Felda Seri Rasau.Turut hadir Encik Azmi Bin Yusoff, Pegawai Khas Pengurusan Kualiti dan Encik Wan Abd Razak Bin Idris, Penyelia Pengurusan Sekolah. Diharapkan SK Durian Mas 1 lebih maju ke hadapan dengan kehadiran beliau.